Tag Archives: cara buat roti jala

Roti Jala Dan Kari Daging

Semalam untuk berbuka puasa saya sempat buat roti jala for my princess. Actually dah lama dia minta  saya buatkan tapi saya aja yang cari alasan… bukan apa…  malas nak bongkar dapur untuk cari acuannya. Semalam, masa mengemas dapur terjumpa pulak benda tu… apa lagi… tetiba datang hangin rajin pulak nak buat roti jala….. Resepi amik kat Dapur Ain… dengan resepi kat bawah dapatlah 14 keping roti jala!!! Tapi saya tengok my princess makan yang paling laju dan yang paling banyak roti jala ni tapi masih nampak macam tak cukup jerrr…..

Roti jala ni memang sedap makan ngan kari daging…. tapi kali ni saya tak buat sendiri. Cadang memang nak masak kari sardin jer… tapi bila tengok jam lagi 30 minit nak berbuka…. tiba2 hangin nak masak kari sardin tu hilang!!! so I mintak my laki pergi beli gulai kawah kat bazar ramadan!!! 1 mangkuk ni harga rm 3 hinggit!!! Oklah… ngam ngam jerr dengan 14 keping roti jala yang saya buat tu!!!!. Apa apa pun kalau nak resepi kari daging boleh ambik kat sini…..

Resepi Roti Jala (Sumber: K.Ummi Kuantan/ Sumber c&p : Dapur Ain)

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Penyediaan

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

Related Posts with Thumbnails