Tag Archives: cara buat sup sayur

Sup Sayur-sayuran

Salam….

Hari ni rasa macam tak berselera makan…. so saya masak sup sayur untuk hidangan tengahari…. kat rumah saya ni kalau salah seorang ┬átak berselera makan, saya akan masak kan sup… tak kiralah sup apa pun!! Specialnya sup ni memang boleh membangkitkan selera makan. Makan dengan nasi sampai banjir lepas tu taruh cili kicap atau sambal kicap!! Makan sampai berpeluh2!!

Resepi Sup sayur

200 g daging ( potong kecil2 )
Sepotong kobis ( dipotong kecil2 )
1/2 potong karot ( potong memanjang atau nipis )
1 paket cendawan tiram
sawi ( di potong )
daun sup ( untuk hiasan )
1/2 biji bawang besar ( dipotong kecil2 dan ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 hiris halia ( ditumbuk )
2 suduteh lada putih ( ditumbuk )

Cara penyediaaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan daging.
2. Masukkan air untuk kuah secukupnya… Masak hingga daging empuk.
3. Bila daging telah empuk masukkan sayur2an
4. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat
5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi dan sambal kicap.


Related Posts with Thumbnails