Tag Archives: cara masak ikan goreng bercili

Ikan Goreng Bercili

Salam sume pengunjung yang dikasihi…. jom layan resepi ikan goreng bersambal atau bercili …. Sedap sangat jika sesekali ikan goreng di buat begini….. makan dengan nasi panas2 bersama sayur dan ulam2an.

Resepi  Ikan goreng Bercili

  • 1-2 ekor ikan sederhana besar (apa2 ikan pun boleh guna… saya guna ikan selayang saiz besar )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1/2 inci halia saiz besar- ditumbuk
  • 1 batang serai – ditumbuk
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos ikan
  • 1 biji buah tomato ( potong 4-6 )
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Cara penyediaan

1. Ikan di potong ikut saiz yang di kehendaki kemudian lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Kemudian goreng ikan tersebut hingga kekuningan. Angkat dan letak atas pinggan.
3. Tumis cili kisar,  bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
4. Masukkan sos cili dan sos ikan dan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan buah tomato, kacau, sesuaikan rasanya kemudian curahkan kuah pada ikan goreng tadi.

Selamat mencuba!!

Related Posts with Thumbnails