Tag Archives: cara masak kari

Kari Telur

Kari telur ni saya masak atas permintaan my husband buat hidangan tengahari. Sudah agak lama juga saya tidak memasak masakan ni. Kalau pandai memasaknya serta cukup rasanya… kari telur ni boleh menjadi makanan yang sedap dan menyelerakan…. ¬†Biasanya orang memasak kari telur menggunakan telur rebus atau telur rebus yang telah digoreng…. tetapi my hubby minta saya menggunakan telur yang dipecahkan ke dalam kuah kari!! Katanya lebih sedap dan kuah kari lebih mesra dengan telur…….Itu selera my husband!!!…. ¬†terpulanglah kepada selera masing2.

Resepi Kari Telur

6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang.
6. Kacau seketika dan angkat.

Enjoy………………..

Related Posts with Thumbnails