Tag Archives: cara masak mihun goreng singapura

Bihun Goreng Putih

Waduh!! ramainya blog2 masakan kena serang Malware….. Semalam nak masuk blog diorang tapi semua kena sekat!! dan saya terpaksa buang link blog diaorang  dari blog saya ni untuk sementara waktu….. takut menjangkit ke blog saya pulak… antara blog masakan yang saya tak boleh masuk sebab malware detacted adalah blog ijan ( Blogresipi), Blog Hana ( Hanamemories), Blog Ayu ( curlybabesatisfaction ), Blog Kak Ummi ( Homesweeethome ), Blog Dayangjack, Blog kak zai ( Dapurcomelku),  blog Hanieliza dan beberapa blog lain lagi…. Saya pun tak pasti samada diorang sedar atau tidak blog diorang  kena malware ni… harap2 bila diaorang baca entri saya ni diarang dapat settlekan masalah tu cepat2 ye… sebab sekarang ni saya dah tak berapa berani nak buat blogwalking cam biasa…. kena pilih2 blog yg selamat jerrr!!!!

UPDATE Terbaru!!!
Hari ni dah try masuk balik kat blog kengkawan kat atas…. Alhamdulillah!! tak de signal malware detacted….. Semua ok dan dah boleh buat blogwalking cam biasa… Syukur!!!!

So berbalik pada cerita masak untuk entri kali ni….. saya masak mihun goreng putih ni untuk wat breakfast!. Mihun goreng putih ni,  sesetengah orang panggil bihun goreng Singapore…. Tapi saya pun tak pasti mihun goreng singapore ni sama seperti cara  saya masak sebab saya masak ni ikut naluri saya sendirik je dan ikut bahan yang ada kat dapur saya. Tapi saya rasa mihun singapore resepi nya lebih2 kurang jer dengan resepi ni.. Apa-apa pun namanya tak penting!! Yang penting rasanya. Saya suke makan bihun goreng putih ni kerana ada bau lada hitam… memang sedap dan kena betul dengan selera saya dan anak2!!. Layan!!

Resepi Bihun Goreng lada hitam

1 bungkus bihun ( di rendam )
100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong  nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

Enjoy!!

Related Posts with Thumbnails