Tag Archives: cara masak peria

Peria Goreng Udang

Saya percaya kat luar tu ramai tak makan sayur peria… tapi pada saya sayur peria ni sedap sangat!! Rasanya pahit2 sedikit… ┬ásangat sedap di buat sambal atau di goreng dengan telur atau udang. Kat rumah saya saya seorang yang suka sayur peria ni… My hasben makan sikit sikit saja… manakala anak2 saya langsung tak makan!!! Petua nak hilangkan pahit dengan memerap peria ni dengan garam hingga keluar airnya… kemudian jangan lupa cuci bersih2….. barulah dimasak!! Pada sesiapa yang nak try masak peria saya letak resepinya kat bawah…..

Resepi Peria Goreng Udang..

1 biji peria saiz sederhana
2-4 biji cili merah dan cili hijau di hiris nipis ( guna cili padi pun boleh jugak…)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
6 – 10 ekor udang sederhana ( di masukan seekor2 atau di potong kecil2 terpulanglah…. )
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 biji telur ( yang ni tak letak… tak de stok kat dapur )
Sedikit garam
sedikit gula

Cara penyediaan

1. Peria di potong2, kemudian di perap dengan garam hingga keluar airnya. Boleh jugak kalau diramas2 sedikit tetapi jangan sampai hancur….. kemudian cuci bersih-bersih.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hiris hingga wangi, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan udang.
3. Jika guna telur pecahkan telur sekali ke dalam tumisan tadi. kacau-kacaukan hingga telur hancur.
4. Bila udang kecut, masukkan peria. Kacau hingga peria masak dan layu.
5. sesuaikan rasa garam dan gulanya, bolehlah dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails