Tag Archives: cara masak rendang daging

Rendang Daging

Rendang Daging ni saya masak masak masa majlis berbuka puasa kat rumah saya semalam…. Resepi rendang ni saya masak ikut style ibu saya…. Untuk yang berminat saya letak resepinya kat bawah!!!

Resepi Rendang Daging

1 kilo Daging lembu
1 biji kelapa – diambil santannya
daun limau purut ( di hiris )@ daun kunyit ( dihiris ) ( boleh gak nak masukkan kedua2nya )
1 – 2 keping asam gelugur@ 1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa
2 sudu besar kerisik ( kali ni saya tak letak – sebab tak ada )

Bahan kisar
10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging masak hingga daging kecut.
2. Masukkan santan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit  atau daun limau purut yg telah dihiris.
4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging ¬†kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan ¬†mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!

*** Cara yang nombor dua ni lebih mudah…. saya biasa masak ikut cara yang nombor dua. Rasa dia tetap sama!!!!

Related Posts with Thumbnails