Tag Archives: cara masak sizzling mee

Sizzling Kue Teow

Salam salam hari Ahad….

You all tak keluar jalan2 ke hujung minggu ni… saya kat sini nampaknya lepak2 kat rumah dengan anak2. My hubby masih belum balik dari outstation..so nampaknya kami cuma rehat2 jelah kat rumah sebab orang penting dalam rumah kami tak de kat rumah..

Kue teow sizzling ni saya sediakan untuk makan tengahari… hari ni terasa sangat nak makan kue teow…  saya dok pikir2 nak masak apa dengan kue teow ni…. teringat pulak kat dapur Kak Nor ada resepi sizzling yee mee. Anak2 saya memang suka sangat makan sizzling mee.. so saya cuma gantikan saja yee mee dengan kue teow!! walaupun masak tak pakai hot plate… tetapi tetap sedap….yummy and marbelessss…. makan pun berulang2 kali…. saya buat kuah lebih… petang2 kalau anak2 lapar saya cuma masak  kue teow dengan kuahnya yang dah siap tu.

Resepi Sizzling Kue Teow ( sumber c& p : Dapur Kak Nor, Secubit Garam , Sumber asal: Mdm lily, MyR)

1 bungkus kue teow-
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake – saya ganti dengan cendawan tiram
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin – tak letak
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan**
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
saya tambah sedikit hirisan karot, daun bawang ( utk hiasan )

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2…
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

** sedap dimakan dengan cili potong atau cili jeruk!!!

Selamat mencuba…


Related Posts with Thumbnails