Tag Archives: cara masak sup ekor

Sup Ekor Pedas

Jom makan sup ekor pedas!!! Hari ni saya mencuba resepi Sup ekor pedas, resepi baru yang saya ambil dari majalah Rasa keluaran terbaru ( bulan Ogos 2010 edisi ramadan ). Resepi ni dari chef Mohd Zaihan dari Hotel Palm Garden. Sedap sangat sup pedas ni….. walaupun namanya sup pedas tapi rasanya tidaklah pedas!!! Anak-anak saya suka menghirup sup ni. Kalau nak tau rasanya seperti sup tulang kok kok yang popular kat Kelantan tu….. tapi sup ni lebih power dan lebih berempah lagi!!. Cuma satu yang saya tambah iaitu saya taruh jus limau nipis untuk rasa masam untuk mengimbangi rasa muak sup ekor. Bagi lidah saya sup ekor pedas ni kalau masam sedikit lebih terselah kesedapannya……….. Berminat nak try… tengok resepinya di bawah!!!!

Resepi Sup Ekor pedas ( sumber: Majalah Rasa )

4oo gm  ekor lembu ( rebus dulu )
1.25 lter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai ketumbar
2 sudu bawang goreng
jus limau nipis secukupnya ( resepi asal tak letak )

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.
3. Setelah itu masukkan ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.
4. Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar serta bawang goreng diatasnya.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails