Tag Archives: cara memasak spaghetti

Spaghetti Bolognese

Salam….

Lama betul saya tak update entri masakan…. saya, seminggu dua ni memang jarang sangat memasak… banyak makan kat luar dari memasak sendiri….. Kebetulan kat rumah saya ada tetamu ( adik saya ) tinggal bersama sempena hari konvo, so kami banyak berjalan dan makan kat luar je…

Saya masak speggeti ni atas permintaan my dotter…  suka sangat dia makan bende ni…. saya guna resepi dari blog  Kak Gee. Sedap dan simple sangat cara menyediakannya…. apa2 pun thanks for the recipe ya gee.

Spaghetti Bolognese Zulaikah
Sumber : Majalah Aroma Mei 2012
Olahan : Gee-Hut

Bahan:
1 paket spaghetti (rebus)
2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 keping daging cincang ( saya letak 350g  daging cincang siap )
5 batang sosej – tak letak
1 tin cendawan butang
2 botol sos spaghetti Kimball – saya guna sos prego – 2 tin )
Sos Cili – saya letak 2 sudu besar
Garam dan gula
Lada hitam
2 sudu besar serbuk cili – saya tak letak

Kak gee tambah :
2 biji buah tomato ) dipotong dadu
1 biji lada benggala ) dipotong dadu
4 ulas bawang putih – cincang

saya tambah – karot dipotong dadu

Cara penyediaan:

1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumiskan bawang besar, masukkan daging ksiar dan sosej, kacau sehingga daging empuk.
2. Masukkan sos spaghetti dan kacau sebati.  Kemudian masukkan serbuk cili, lada hitam dan cendawan butang.
3. Masukkan sedikitair dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan sos cili, garam dan gula.
5. Masak sehingga pekat dan sedia dihidang.

Related Posts with Thumbnails