Tag Archives: cara membuat ikan bakar

Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas Cicah Air Asam

Wah!….. semerbak betul bau ikan bakar saya ni sampai melompat-lompat kucing kat belakang rumah …. Aroma daun lengkuas ni memang menyelerakan.  Sedari kecil lagi saya ‘terlalu’ suka makan ikan bakar….. Tak kira ikan apa sekalipun saya tetap suka…. Tujuan membalutkan daun lengkuas ni sebab nak menerbitkan baunya…. aroma daun lengkuas memang melekat pada daging ikan… tu yang best sangat tu….. Kalau nak sedap, makan panas-panas!! baru terangkat bila di cicah dengan air asam jawa….. Layan gilerrr…..

Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas

3 ekor ikan kembung (  dibuang perut dan dibersihkan)
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )

Cara penyediaan

1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan  air asam jawa.

Resepi Air asam Jawa (sos cicah )

1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga  gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.


Related Posts with Thumbnails