Tag Archives: cara membuat puding roti

Puding Roti

Salam…

Puding roti ni saya buat just nak menghabiskan 6 keping roti gardenia yang dah nak ekspired kat meja makan saya yang dah lama tak laku2… Roti yang dah lama ni rasanya dah tak sedap dan biasanya kat tong sampahlah roti tu, kalau saya tak buat something…. dengan 6 kpg roti dan 2 biji telur, dapatlah puding 1 bekas kecil…. sekali hidang je puding dah langsai….

Oleh kerana nasi dah habis…so saya and my hubby layan puding roti bersama teh O je malam ni….

Resepi Puding Roti

6 keping roti gardenia ( apa2 roti pun boleh )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur
1/2 makan essen vanilla

Cara penyediaan….

1. Kacau sebati telur, esen vanilla, gula dan susu cair.
2. Roti di potong dadu  termasuk kulitnya kemudian susun dalam acuan pembakar.
3. Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang telah disusun.
4. Taburkan kismis dan butter kedalam adunan roti tadi…
5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…

Related Posts with Thumbnails