Tag Archives: cara mudah buat sambal tumis

Sambal Telur Dan Ikan Bilis Goreng

Sekarang ni saya dah di tahap agak melampau gak kemalasan  nak memasak….  sekarang ni tiba-tiba mood telah bertukar nak mengemas dan mendeko rumah pulak… sampaikan saya masak sehabis mudah untuk anak saya sebelum dia ke sekolah… Yang sebenarnya sambal telur dengan ikan bilis goreng  ni lauk semalam… selepas kepenatan mengemas rumah, saya tak sempat nak entri….. hari ni baru dapat entri…. Layan je lah resepi biasa biasa aje…

Resepi Sambal telur ( sumber : Potret Kasih )

6-8 biji telur rebus
ikan bilis goreng secukupnya
20 – 30 cili kering ( di potong dan di rendam )
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3  ulas bawang putih
1 biji buah tomato kisar ( jika suka- untuk mengurangkan pedas )
1 genggam ikan bilis
garam secukupnya
gula secukupnya
Serbuk perasa ( jika suka )

Cara Penyediaan

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah dan putih serta ikan bilis hingga hancur
2. Tumis bahan yg telah dikisar tadi hingga kering airnya. kemudian masukkan tomato kisar.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
4. Last sekali masukkan telur rebus…. masak seketika bolahlah di angkat.

*** jika suka boleh masukkan sedikit ikan bilis goreng dalam sambal.


Related Posts with Thumbnails