Tag Archives: cara mudah masak sotong

Sotong Goreng Belacan

Hidangan tengahari tadi saya masak sotong  goreng belacan…. Actually ni first time masak sotong bubuh belacan. Dapat Idea ni masa blogwalking kat Saji Online… tapi bahan2nya semua saya tukar kerana saya ikut apa yang ada kat dapur saya… Sedap gak masak macam ni….  boleh buat lagi next time kerana anak2 saya suka…

Resepi Sotong belacan

  • 300 gm sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
  • 1 labu  bawang besar (hiris)
  • 4 biji  cili merah(hiris)
  • 2 cm belacan
  • 3 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 4 tangkai daun kucai
  • 3 hiris karot ( dipotong memanjang)
  • sedikit daun ketumbar ( dipotong )
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit gula ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar, belacan dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, sotong, karot dan kucai.
3. Masak hingga sotong  dan sayuran hingga layu.
4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Sambal Sotong Cili Padi

Salam buat semua pengunjung blog saya….. Hari ni saya masak lauk  Sambal sotong cili padi untuk makan tengahari. Kalau anda biasa buat sambal sotong cili kering, sesekali tukar selere buat macam ni pulak!!! Sedap sangat masak macam ni…. tak sedar makan nasi pun bertambah-tambah!!! Kalau tak suka pedas sangat sila kurangkan cili padi pada masakan…. lagi satu tip nak kurangkan pedas bubuh tomato kisar lebih sedikit atau boleh campurkan cili merah biasa je!!! InsyaAllah masakan ni tidak terlalu pedas!!….. Bagi sesiapa yang suka pedas tu tak jadi masalah!! belasah je….. Orang kata lebih pedas lebih sedap!!! baru terangkat!!!!! Layan resepinya kat bawah ni ….

Resepi Sambal Sotong Cili Padi

300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini ) – dikisar
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai  ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails