Tag Archives: cara nak buat ayam rangup

Ayam Goreng Rangup

Walaupun sedang berpuasa tapi saya tak cadang nak duduk dapur lama-lama!!. Hari ni ingat nak mengemas rumah yang dah macam tak serupa rumah!!! tongkang pecah pun ok lagi!!! Pagi-pagi dah mengemas dan mengelap dapur, memvakum ruang tamu, mencuci kain baju dan membelai pokok-pokok kat laman rumah!!! Lepas buat semua kerja kepenatan pulak!!! tu yang timbulnya ayam goreng rangup!!!. Anak nak pergi sekolah pun masih belum siap masak!!! Ayam masih lagi dalam kuali…. Anak tengah nak makan pun ┬ásempat lagi curi curi tangkap gambar ayam ni untuk letak kat blog!!!! Hari ni adalah hari yang agak kelam-kabut!!! Tapi okaylah jugak….. Rumah dah bersih!!!!!

Resepi Ayam Goreng Rangup

1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
bread crumb atau serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa atau serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ayam dipotong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum. Bilas dan toskan!
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
4. Perap seketika di dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk mengoreng pukul telur. Ambil ayam tadi celupkan ayam tadi ke dalam telur kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
6. Goreng hingga keemasan.

Resepi yang simple tapi sedap…….


Related Posts with Thumbnails