Tag Archives: cara senang buat nasi tomato

Nasi Tomato

Walaupun ini first time saya membuat nasi tomato, tetapi saya dapat hasil yang menggembirakan!. Sebenarnya bukannya susah untuk membuat nasi tomato!. Jika anda biasa membuat nasi minyak atau beriani, caranya lebih kurang sama sahaja….. yang membezakannya ┬ácuma di tambah buah tomato kisar dan sos tomato!!.

Saya memasak nasi tomato adalah sempena hari lahir anak perempuan saya yang ke -12 tahun!!. Di samping itu, di meja makan kami ada ayam masak merah (lauk kegemarannya), acar timun, dalca, kek red velvet dan puding roti…. Resepi ayam masak merah, dalca ┬ádan acar sudah saya postkan. Saya akan postkan lain-lain resepi kemudian….

Enjoy resepi Nasi tomato ( yang saya ambil dari majalah rasa)….

Resepi Nasi Tomato

500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit kacang gajus ( option)
sedikit kismis ( option)
Sedikit bawang goreng
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1 helai daun pandan

Cara membuatnya..

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
4. Tanak nasi seperti biasa.
5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar…

Selamat memasak….


Related Posts with Thumbnails