Tag Archives: cara senang masak kari

Kari Ikan Kembung Dengan Terung

Hidangan tengahari ni saya masak biasa-biasa aje. Ikan kembung masak kari…. walaupun ia biasa biasa aje, tetapi bagi my hubby ia adalah hidangan yang special kerana makanan kegemarannya adalah kari. Tak kiralah apa-apa kari pun…. seleranya memang terbuka untuk masakan kari. Saya pula paling suka makan terungnya….. Bila masak kari saya akan bubuh terung sebanyak mungkin untuk saya membedal terung ni sepuas hati….. wah!! ┬áburuk perangaikan!…. Sedap tau!!!. Malam ni pulak dah planning nak makan kari ikan dengan roti pulak…. lagi satu habit saya kalau masak kari….. sudah menjadi satu kewajiban bagi saya kalau masak kari mesti nak makan dengan roti… ermmmm sedap sangat… yummy 3x!!!

Resepi Kari Ikan kembung Bersama Terung

6 ekor ikan kembung ( apa ikan pun boleh )
2 biji terung ( di potong memanjang )
1 labu bawang besar ( ditumbuk/dikisar )
3 ulas bawang merah ( ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang putih ( ditumbuk/dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili ( optional )
1/2 cawan bawang goreng ( optional )
2 cawan santan pekat atau susu cair
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam secukupnya
daun kari secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
3. Masukkan sedikit air, santan atau susu cair, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
4. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan bawang goreng yang telah ditumbuk.
5. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.


Related Posts with Thumbnails