Tag Archives: cara tanam markisa

Buah Markisa

Salam…

Salam Tahun Baru 2011 buat semua…

Rasanya dah agak lama tak update blog saya ni… minta maaflah jika berkunjung ke sini belum ada entri terbaru…. Actually dua tiga hari ni kami sekeluarga pulang kekampung saya di Johor…. dapat gak lah release tention jika pulang ke kampung dan bertemu ┬áibu dan adik2 tersayang…

Hari ni tak ada entri masakan… sebab saya pun baru balik dan masih penat lagi… jom layan pic pokok markisa yang di tanam ibu saya di sekeliling rumah kami… masa saya baru balik buah markisa ni masih belum masak…. tapi dapat jugaklah merasa sebiji dua… rasanya masam-masam manis dan paling sedap jika dibuat jus…. Ibu saya ni tersangatlah rajin berkebun… kalau balik kampung anak2 saya memang seronok sangat… at least dapat merasa buah2han dan sayur2 kampung yang ditanam di keliling rumah….

Inilah pokok markisa… pokok ni menjalar dan kalau nak tanam pokok ni kena sediakan tiang agar pokok markisa ni dapat memanjat..

Buah markisa ni senang je nak jaga… buahnya pun tak pernah putus… sentiasa je berbunga dan berbuah…

Jangan confuse ye… ini bukan buah apple hijau…

Bentuk buah markisa sebenar…tapi yang ni belum masak… kalau ia dah masak warnanya akan bertukar menjadi maroon.

ni buah yang masih muda…

Kalau nak tanam pokok ni… campak je bijinya kat atas tanah…. confirm hidup!!. Mak saya selalu campak bijinya di sekeliling rumah kami… anak pokok markisa yang baru tumbuh melambak2 atas tanah… saya pun sempat ambil sikit untuk cuba tanam kat KL pulak… manalah tahu hidup kan!!!


Related Posts with Thumbnails