Tag Archives: daging goreng kunyit

Daging Goreng

Salam hari Ahad… hari ni saya masak daging goreng  simple2 je sebelum keluar rumah…  plan saya nak gi shopping pulak lepas ni!! so layan dulu daging goreng ni…..

Resepi Daging Goreng

  • 300 g daging lembu ( di cuci bersih dan di potong2 )
  • 1 labu bawang besar ( di potong )
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 biji tomato sedikit kicap manis
  • cili padi atau cili merah ( di hiris atau sebiji2)
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit, bawang putih dan sedikit garam. Masukkan dalam kuali dan masak atas api hingga kering airnya.
2. Masukkan 2- 3 sudu minyak masak  kemudian goreng daging seketika.
3. Masukkan bawang besar, kicap manis dan cili. kacau hingga layu.
4. Last selai masukkan buah tomato yang dipotong2, kacau seketika dan angkat serta hidangkan.

Enjoy…..

Daging Goreng Kering

Entah ngapa tiba-tiba my hubby kata dia teringin nak makan daging goreng….. bila saya kata saya nak masak sup sayur, muka dia dah semacam jerrrr… tak sampai hati pulak tengok dia, dah mengalahkan pempuan mengidam… saya pun buatkan jugaklah daging goreng ni untuk dia…. Berselera betul my husband makan masa berbuka semalam… bila daging tu tak habis dia sempat buat sesi meratah sampai licin….. pelik betul selera lelaki kan…….

Resepi Daging Goreng Kering

300 g daging lembu
1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) – di hiris
3 ulas bawang putih di ketuk atau di hiris
2  -3  hiris halia
5 -6 biji cili padi ( di potong atau sebiji sebiji )
1 sudu makan sos tiram
1sudu makan kicap manis
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara penyediaan

1. Daging di hiris nipis dan di bersih dan di toskan.
2. Gaulkan daging tadi dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Kemudian  masak hingga kering airnya didalam kuali.
4. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak hingga daging empuk.
5. Bila daging telah empuk masukkan 2- 3 sudu makan minyak masak kedalam daging.
5. Goreng daging seketika barulah masukkan bawang hiris, bawang putih, halia, dan cili hiris.
6. Kacau daging tadi hingga bawang layu, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit lada sulah.
7. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat.

Related Posts with Thumbnails