Tag Archives: daging goreng mudah dan sedap

Daging Goreng Bercili

Salam….
Hari ni saya tak berapa sihat… satu family kena demam, batuk dan selsema…. my doter dah 2 hari tak pergi kesekolah… saya pula kena demam dan batuk2….
Makan tengahari ni saya sempat masak lauk daging goreng berlada je… nak sambung masak sayur pun rasa dah tak larat!!! Lepas masak makan ubat dan terus tidur….

layan….

Resepi Daging Goreng Berlada

500g daging ( di potong kecil2 dan dibersihkan)
20 btg cili kering ( dipotong, di rendam dan dikisar ) – boleh tambah atau kurang ikut suka
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3/4 inci halia -dikisar
2 batang serai -dikisar
1 sudu kecil ketumbar biji- dikisar
1 sudu kecil jintan kasar dan jintan manis -dikisar
1 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Daging di gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Masak daging tadi dalam kuali hingga kering airnya. Jika daging kurang empuk masukkan air kemudian masak lagi hingga kering air dan daging empuk.
3. Setelah daging kering masukkan sedikit minyak dan goreng  daging tadi sehingga sedikit kering.
4. Setelah masak ketepikan dulu daging tadi dan buat sos pedasnya…
5. Tumis bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.
6. Masukkkan sedikit air dan kicap manis, masak hingga sedikit pekat.
7. Kemudian masukkan daging tadi… masak seketika.
8. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
9. Bila sudah cukup masak dan agak kering bolehlah diangkat dan di hidangkan…

selamat mencuba resepi simple ni…


Daging Goreng Sos Tiram Dengan Capsicum

Daging Goreng Sos tiram dengan capsicum ni lauk semalam yang tak sempat entri…. Lauk simple2 je yang saya makan bersama sayur kobis masak air dan telur dadar. Anak-anak saya suka benar kalau daging di masak macam ni… sekarang ni bz sket… belum ada masa nak jawab komen-komen dalam blog saya ni… InsyaAllah!! saya akan cari masa utk jwb semua komen komen tu… harap jangan kecil hati kalau saya lambat sikit nak jawab komen tu ye…

Resepi Daging Goreng sos Tiram dengan capsicum

Bahan2
500 gm daging batang pinang ~ hiris nipis & lebar2
1 biji cili capsicum hijau ~ potong memanjang
1/2 batang karot
6-10 cili padi ( di titik @ masukkan sebiji2 )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam/ lada sulah
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar – di potong2
daun bawang
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air utk empukkan daging
garam secukupnya

Cara Penyediaan

1. Masukkan daging dalam kuali dan masak hingga airnya kering. Jika masih kurang empuk tambahkan sedikit air lagi hingga daging empuk.
2.  Masukkan sedikit minyak dan goreng seketika.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, sos tiram, lada sulah, karot dan capsicum. Goreng seketika.
4. Bila sayur2 layu, masukkan daun bawang yang telah di potong2, sesuaikan rasa dan bolehlah di angkat.

Related Posts with Thumbnails