Tag Archives: Daun Rosemary

Herba Rosemary

Salam…
Entri ni ditujukan buat anajai dan sesiapa yang nak kan info tentang herba rosemary kering… harap info ini dapat membantu…..

Rosemary ni adalah sejenis herba yang digunakan didalam masakan…. sangat lazat jika ia dicampurkan ke dalam ramuan rempah perapan ayam panggang, lamb chop, steak dan sebagainya. Saya beli rosemary kering ni di kedai bakery yang menjual peralatan/bahan2 membuat kek dan biskut kerana harganya jauh lebih murah berbanding jika di beli dipasaraya2. Kalau nak beli kat pasaraya boleh cari kat Tesco, Giant dll dekat bahagian spice….. tapi harganya mungkin lebih mahal. Kalau tak silap harganya sekitar Rm 6.00 ke Rm 10.00.

Yang ni pulak gambar Rosemary segar…. boleh dapatkan di Tesco dan pasaraya2 besar yang lain… Yang segar ni baunya lebih kuat dan kalau nak buat rempah perapan ayam atau daging gunakan sikit je dah memadai. Kalau tak habis jangan di buang sebab daun tu boleh dikeringkan dan masih tetap di gunakan… Walaupun herba ni berasal dari negara beriklim sederhana sejuk tapi kat Malaysian masih boleh di tanam dan boleh hidup… tapi kena diletakkan di tempat yang redup dan sejuk. Kalau letak kat tempat panas ia boleh mati….

( sumber pic ihsan dari google )


Related Posts with Thumbnails