Tag Archives: gambar bunga api

Sehari Sebelum Raya

Salam…

Agak lama saya menyepi, akhirnya saya bersiaran lagi…. Musim raya ni saya memang agak busy… saya tak sempat nak menjengah blog langsung… apa lagi nak mengentri…. Terlanjur bersiaran, saya nak share gambar2 sehari sebelum raya lalu… saya tak banyak masa nak berkepit lama dengan lappy saya ni… .so layan gambar ….


Gambar ni aku paling suka…. bondaku tercinta sedang memangku cucu bungsu, Sarah Marissa… gambar ni  diambil oleh my brother… Seronoklah anak aku, ramai yang melayan…..

My younger sister sedang menghabiskan kerja2 terakhir mengecatnya…. Dah banyak tahun rumah usang tu tak bercat… tahun ni kami bercadang utk cat rumah mak ni… barulah rumah tu nampak berseri sikit…

Ni bangsal sebaguna mak… tempat melepak, tempat memasak, tempat jemur kain , tempat bergosip dan macam2 kegunaan lagi…dan malam2 raya ni confirm bangsal ni jadi tempat masak rendang, ketupat dan lauk pauk raya.

Ayam yang telah siap di goreng dan tunggu masa dikicapkan….

….. sementara orang dapur sibuk menyiapkan juadah hari raya… anak2 pulak, sibuk dengan bermain bunga api bersama sepupu2nya… teringat aku masa kecik2 dulu… saat2 macam ni memang dinanti2kan.. seronok main bunga api sampai senyum bawa ke tidur…

…..  benda nilah yg paling di sukai oleh budak2 time malam raya… bako duit!!!!

… aku memang fail ambil gambar malam…. sume gambar2 ni dirakamkan olah my brother, Atoy….

… Malam raya kat tempat aku, riuh rendah dengan bunyi mercun…  langit sangat cantik berwarna warni dengan mercun dan bunga api…. malam2 raya ni lepas masak biasanya kita suka melepak kat balkoni sambil tengok budak2 main bunga api… agenda lepas ni pulak gosok baju raya sebab esok hari raya….

Related Posts with Thumbnails