Tag Archives: hidangan kuih muih

Kuih Koci

Kuih koci ni adalah juadah berbuka puasa  kami semalam….. Kuih ni sedap sangat dan anak2 memang layansangat  kuih ni!!  Diaorang kalau makan kuih ni sampai tak ingat dunia dan  tak pandang makan makanan lain!!!  Resepi asalnya dari CMG saya ambil kat myresepi.  Hari ni agak letih sikit dan tak ada idea nak tulis panjang2. Sila layan resepi!!

Resepi Kuih koci ( sumber :Myresipi – CMG)

Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.

5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..

Related Posts with Thumbnails