Tag Archives: hidangan makan malam

Nasi Goreng Belacan Dengan Keropok Goreng

Salam buat pengunjung blog saya semoga ceria-ceria selalu…. Malam ni saya hanya masak yang simple simple je untuk dinner kami sekeluarga….. Letih pulak rasa badan selepas keluar shopping baju untuk hari raya ni tahun ni…. maklum jelah…. puasa dah semakin hampir!!  Elok siapkan baju anak2 dulu… nanti taklah kelam kabut!!!.

Berbalik pada menu malam ni iaitu nasi goreng belacan dengan keropok goreng. Keropok ikan tu ibu mertua saya yang bawa dari Kelantan, oleh kerana banyak stok keropok ikan dirumah saya…. so pagi petang siang malam kami makan keropok goreng dengan sos cili…. Nasi goreng belacan pula saya masak campak2 ikut apa yang ada kat dapur saya je….  Sedap pulak makan nasi goreng ni bersama keropok goreng….. apa2 pun layan resepinya kat bawah….

Resepi Nasi Goreng Belacan

4 mangkuk nasi sejuk
1 inci belacan ( di tumbuk )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk )
5-10 biji cili padi ( ditumbuk )
2 sudu besar ikan bilis ( ditumbuk )
2 biji telur
6 ekor udang ( saya potong kecil2 )
sepotong karot ( potong kecil )
sawi secukupnya ( potong 1/2 inci )
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit perasa

Cara membuatnya

1.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan sos tiram.
2. Masukkan udang, telur, karot dan sawi, garam dan perasa, kacau rata.
3. Masukkan nasi sejuk, kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa.. bolehlah di hidangkan dengan keropok goreng.

Enjoy….


Related Posts with Thumbnails