Tag Archives: hidangan rumah terbuka

Nasi Karot ( Nasi Lobak Merah )

Mula2 plan nak masak nasi beriani….. tapi at last tukar pulak masak nasi carrot sebab nak habiskan stok karot dalam peti sejuk saya… Try cari resepi kat google jumpa pula resepi dari kak liza ni!!! Sedap sangat rupanya nasi karrot ni!!! Buat sekali rasa tak puas makan!!! Tapi saya ubah suai sket resepi ni dengan letak air rebusan tulang2 ayam…  nak bagi lebih power lagi!!! Untuk lauknya saya masak Ayam Panggang Yogurt berempah dan Acar karot tomato. Fuhhh!!! Gerrenti nak buat lagi!!!!

Resepi Nasi Carrot ( sumber : Chef Hanieliza )

Bahan2nya
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih –  mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.

Laksa Asam ( Laksa Penang )

Hari ni terasa betul nak makan laksa penang….  Bahan2 semua dah stand by dalam peti sejuk, so saya dengan rajinnya ke dapur tuk wat laksa penang ni.  Actually laksa penang ni memang menjadi makanan feveret saya sekeluarga. Walaupun saya orang Johor, saya tetap suka laksa penang berbanding dengan laksa Johor!!! Hahaha… derhaka ke saya ni!!! tapi nak wat cam ne… anak tekak dah sukerr…. tak leh nak buat apa!!! Resepi saya ambil dari blog kak wan…. sangat sedap dan mudah jerrr nak buat!!  Sesapa yang baru belajar2 nak buat laksa penang jommm kite tengok resepinya kat bawah!!!

Laksa Asam  @ Laksa Penang ( sumber : Dapur Citarasawan )

Bahan-bahan
1 kg laksa basah – saya guna laksa kering yng direndam kemudian celur hingga lembut
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan di potong kecil
2 sudu besar pes udang – tak de stok! so saya ganti ngan 2 inci belacan
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah – saya tambah dengan 2 labu bawang besar
4 tangkai cili api
4 tangkai cili merah
(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus)

Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris – tak letak
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris – saya letak lebih
6 tangkai daun pudina – saya ganti dengan daun salad
1 sudu petis udang  jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua

Cara-cara :
1.  Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak.   Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2. (saya kisar je isi ikan… )
2.  Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3.  Kemudian masukkan pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.

Mee Kari Kerang

Mee kari kerang ni juadah berbuka puasa semalam… sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi baru hari ni terlaksana… Mee kari kerang ni ‘feveret’ my hubby ngan anak2…. Kalau time raya, mee ni lah selalu saya masak buat rumah terbuka untuk jamu kawan-kawan…. Resepi ni memang dah lama ada dalam simpanan saya. Saya pun dah tak ingat dari mana saya dapat resepi ni…. sejak dulu-dulu saya memang guna resepi ni untuk buat mee kari, walaupun kadang-kadang diubahsuai ikut bahan2 yang ada kat dapur!!!….. Oklah bulan pose ni tak perlu nak membebel lebih2… kita terus pada resepinya…….

Resepi Mee Kari Kerang

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah

1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Related Posts with Thumbnails