Tag Archives: ikan kembung

Ikan Masak Lemak Cili Padi

Hari ni saya masak ikan kembung lemak cili api  buat hidangan tengahari kami sekeluarga. Sedap sekali sesekali dapat makan masakan ni… lawan pulak dengan sayur kangkung goreng belacan, sambal belacan serta ulam-ulaman …. Resepi ikan lemak cili api saya copy dari blogresipi.  Thanks ijan for the resepi…. layan resepinya di bawah ya…

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Api ( Sumber  : Dapur ijan Blogresipi )

1 ekor ikan dipotong ( saya guna  4 ekor ikan kembung )
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula
2 biji terung – saya tambah
6 biji bendi – saya tambah

Cara penyediaan

1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka.
5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun, terung, bendi dan cili yg dipotong jika suka. Siap.


Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas Cicah Air Asam

Wah!….. semerbak betul bau ikan bakar saya ni sampai melompat-lompat kucing kat belakang rumah …. Aroma daun lengkuas ni memang menyelerakan.  Sedari kecil lagi saya ‘terlalu’ suka makan ikan bakar….. Tak kira ikan apa sekalipun saya tetap suka…. Tujuan membalutkan daun lengkuas ni sebab nak menerbitkan baunya…. aroma daun lengkuas memang melekat pada daging ikan… tu yang best sangat tu….. Kalau nak sedap, makan panas-panas!! baru terangkat bila di cicah dengan air asam jawa….. Layan gilerrr…..

Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas

3 ekor ikan kembung (  dibuang perut dan dibersihkan)
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )

Cara penyediaan

1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan  air asam jawa.

Resepi Air asam Jawa (sos cicah )

1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga  gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.


Asam Rebus Ikan Kembung


Kebelakangan ini saya memang agak sibuk ….. tetapi tugas memasak harus diteruskan juga kerana ada 3 orang insan yang harus saya jaga perutnya!!  Bila dah sibuk tu, sudah tentu saya akan menyediakan menu yang paling senang untuk disiapkan!. Seperti lauk  asam rebus ikan kembung.

Asam rebus kali ni lain sikit saya! cuba campurkan 3 biji tomato kisar sebagai salah satu ramuannya. Anak saya memang tak suka makan buah tomato dan saya terpaksa mengkreatifkan otak saya ni agar mereka mendapat khasiat Likopene yang  terdapat didalam buah tomato.  Likopene  sangat baik dan berfungsi untuk mencegah dari mendapat penyakit kanser.

Hasilnya sangat memuaskan! Rasa asam rebus saya sangat enak dan sudah pastinya berkhasiat apa lagi bila anda taburkan sedikit daun ketumbar… rasanya ala-ala tomyam gitu….

Selamat mencuba menu yang senang ni………………….

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung

Bahan-bahannya.

6 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
3 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji cili padi merah ( boleh ganti dengan cili merah jika tak suka pedas)
daun ketumbar
3 keping asam keping atau 3 sudu besar jus limau
garam, gula dan sedikit perasa.
1 batang serai ( option)

Cara penyediaan

1. Kisar buah tomato bersama bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Satukan ikan, asam gelugur, serai, sedikit air dan bahan kisar dalan sebuah periuk. Masak di atas api.
3. Sesuaikan rasa garam, gula dan perasa dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

Enjoy……..


Related Posts with Thumbnails