Tag Archives: Juadah berbuka puasa

Nasi Ayam Dan Roti John Beli Je….

Salam…

Hari ni tak sempat lagi memasak  sebab gi shopping bahan2 dapur kat Tesco… bila dah tersadai kat sana tau2 jelah mesti lama…  melayan si sarah lagi yang suka sangat keluar jalan2 tengok dunia luar…

….. bila kat dah kat sini apa lagi saya tak fikir nak masak lagilah sebab kat sini ada makanan kegemaran saya dan anak2 iaitu nasi ayam. Nasi ayam kat sini memang sedap sangat… ayamnya sangat moist dan wangi je… sambal serta supnya pula memang bestlah… ada pulak sayur sawi jepun nya yang sedap dan manis je bila digigit… tak jumpa lagi nasi ayam kat tempat lain sesedap ni… Tempat ni kat Tesco Kajang … Kat Tesco lain saya dah try memang tak sesedap kat sini…

Menu sampingan lain ialah roti John.. tetiba teringin nak makan!!, singgah kat bazar Ramadan jap beli roti john…

Kurma.. ni wajib ada… my hubby layan makan ni…

Hari ni budak cenonit Sara nak join berbuka puasa… tak mahu pulak dia main sorang-sorang…. terpaksalah saya berbuka sambil memangku dia…

Bubur Candel Dan Nasi Beriani

Salam…

2 hari saya tak bersiaran… bukan apa saya agak sibuk menguruskan tugas harian, termasuk menyediakan pakaian utk raya tahun ni… Hari raya tahun ni saya bersemangat betul ber’shopping’  terutama baju2 anak termasuk baju si kecil Sarah…. Saya memang tak tahan melihat baju baby girl yang cantik2… bila jalan2, pantang tengok cantik dan murah sikit, mesti terbeli satu, dua helai…

So saya sempat gak sediakan bubur candil ni sebagai manisan utk berbuka… bubur ni memang best dan saya selalu membuatnya ketika bulan puasa. Resepinya senang je, dan sambil tengok astro dan layan si Sarah pun boleh siap gentel tepung ni…..

Jom… jeling2 resepinya!!

Resepi Bubur Candil @ Bubur Tepung Pulut

2 cawan tepung pulut
sedikit air ( utk menguli tepung )
3/4 cawan gula ( boleh tambah @kurang ikut citarasa )
1 liter santan  ( anggaran 1 jug kecil )
1 helai daun pandan
1/2 cawan sagu biji ( direndam dengan sedikit air )
1 sudu makan tepung gandum ( dicampur dengan sedikit air – utk pekatkan kuah )
pewarna yg disukai
secubit garam

Cara penyediaan

1. Ayak tepung pulut dalam sebuah bekas.
2. Kemudian masukkan air yg telah dicampurkan dengan sedikit pewarna dan tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan di bentukkan.
3. Ambil sedikit tepung tadi kemudian gentel atau bentukkan tepung mengikut bentuk yg disukai samada bulat, bujur atau leper2. Buat hingga habis.
4. Panaskan air didlm periuk hingga mendidih kemudian masukkan tepung yg sudah dibentukkan tadi satu2 kedalamnya. Bila tepung sudah timbul angkat dan ketepikan.
5. Satukan santan, gula, garam, dan daun pandan kedalam periuk lain. Masak dan kacau selalu hingga santan mendidih.
6. Masukkan tepung candel tadi, sagu biji yang telah direndam dan tepung gandum tadi.
7. Kacau hingga kuah sedikit pekat dan sagu biji tadi masak.
8. Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat….

***

My Favorite air ketika ramadan, Ice Lemon Tea…… dan 3 kali saya buat air ni sepanjang Ramadan ni….

Juadah kami hari ni Nasi beriani bersama daging masak kurma, dalca, ayam msk merah  dan acar timun yg my hubby beli dari bazar Ramadan sebab saya tak sempat memasak….. Hidangan sampingan yang lain, buah tembikai dan buah kurma…. Alhamdulillah… syukur pada Allah dengan rezki hari ini…

Sebelum buka puasa saya main puas2 dulu dengan my baby busyuk Sarah ni… Hari ni dia baik betul… kami bebuka puasa dia tak kacau pun… dia main sorang2 sambil tengok tv…. cayang anak mama!!…

Berbuka Puasa Secara Bersederhana

Salam…

Sudah dua hari semua umat islam menjalani ibadah puasa… syukur Alhamdulillah kita dipanjang umur dan masih berpeluang  menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia ini… selamat menyambut bulan puasa buat semua pengunjung2 blog saya ni… dan terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah kesini…

Di bulan Ramadan ni saya ingat nak rehat sebentar atau slow down sikit dari berblog….  saya pun dah rasa letih dengan blog Potret Kasih ni.. kerana banyak pula ragamnya menggunakan webhosting sendiri ni….. Bulan puasa ni bilangan visitor lebih ramai dari biasa masuk ke blog saya ni menyebabkan kekadang blog sy ni tak dapat menampungnya…

Kalau keluar server error bila masuk kesini tekan je refresh byk kali sampai kluar ye… Dah byk usaha saya cuba memperbaikinya termasuk buang byk plugin dan tukar thema yang simple…. kalau meragam jugak lagi nampaknya tahun depan saya nak tukar blog saya ni guna webhosting percuma pula…

Ni juadah berbuka puasa kami hari ni… saya pun dah berazam nak lebih bersederhana saja tahun ni… Tak mahu ikut nafsu sampai membazir makanan….. juadah kami hari ni nasi dan tomyam udang, puding sagu pandan bersama susu, kuih lepat pisang, buah tembikai, kurma serta air kelapa muda….

Hari ni saya tak dapat memasak kecuali memasak nasi dan dessert puding sagu pandan saja… sebabnya  my baby Sara meragam sikit kerana baru lepas cucuk… Tomyam, saya beli di restoran manakala kuih lepat pisang tu saya beli dekat bazar Ramadan saje…

Buah Tembikai ni my family fav di bulan puasa….. kuih2 tak de pun tak apa… tapi buah ni mesti ada…bila tekak tengah dahaga, memang layan makan buah ni…

Suasana berbuka puasa kat umah saya… ahli keluarga tak ramai cam nilah gayanya….nasib baik ada budak kecik cenonet yang tak puasa tu tolong meramai-ramaikan…

Related Posts with Thumbnails