Tag Archives: Kambing Panggang

Grilled Marinate Lamb Chop (Kambing Panggang Perap)

Hari ini saya panggang lamb sebagai hidangan untuk keluarga tercinta…. Kebetulan adik perempuan saya datang menziarahi kami…. untuk meraikannya, saya menjamu kambing panggang marinate ini!!! Saya memasak lamb ni atas permintaanya yang teringin sangat nak memakan lamb chop. Lagi pun anak-anak saya pun suka sangat makan lamb!. walaupun dah banyak kali membuatnya tapi tak pernah rasa jemu…..sebenarnya resepi lamb saya ni lebih kurang sama sahaja dengan resepi lamb chop saya entri yang terdahulu…. cuma bezanya saya tukar rempah perapnya!!! Saya suka tukar-tukar resepi dan try and error untuk mendapat hasil yang lebih baik….

Kalau yang lepas rempah marinate saya gunakan black pepper,  bawang putih dan sos tiram, tapi rempah perap saya kali ni menggunakan black pepper, jintan dan rosemary, sos tiram  dan bawang putih goreng….. Saya pernah buat pada ayam panggang ( entri sebelum ni ), dan rasanya sangat  marvelesss… so saya try pula pada lamb ni pula… dan rasanya tetap marvelesssss!!!  Berminat nak try???…  resepinya kat bawah…..

Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Lamb Chop Dengan Coleslaw Dan Mashed Potato

Hari ini kami panggang lamb lagi….  Anak-anak memang suka dengan western food….Main order je bila teringin!!… so mama dialah yang menyinsing lengan baju memarinate daging lamb, membuat sos lamb chop, merebus kentang untuk membuat kentang putar dan memotong sayur kobis untuk membuat coleslaw…

Biasanya saya memerap daging lamb ni semalaman. … biar rempahnya meresap sebati ke dalam daging. Rempah perap terpulang kepada anda. Untuk kali ini saya guna lada hitam, sos tiram, sos tomato dan bawang putih . Resepinya seperti di bawah

Resepi Sos Perap untuk Lamb

4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Sementara memerap daging boleh siapkan kentang putar atau mashed potato. Resepinya boleh didapati di sini. Resepi asalnya saya cedok  dari rancangan Naked chef ( Jamie Oliver) tapi saya ubah suai sikit kesuaian.

Resepi Coleslaw

Bahannya

1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Last sekali boleh sediakan untuk sos lamb chop!.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Kentang putar dah siap, sos lamb chop dah siap, coleslaw pun dah siap…. tunggu apa lagi… grilllah daging lamb hingga masak. Kemudian hidangkanlah panas–panas dengan bahan-bahan  yang telah disiapkan tadi. Selamat memasak Lamb Chop!!


Related Posts with Thumbnails