Tag Archives: kedai jual alat elektrik murah

Pembantu Baruku BM250 Kenwood

Dah lama saya mengintai2 benda ni…. nak beli, tak beli…. dah angkat, letak balik…. tapi semalam akhirnya terbelilah jugakkk… akibat tekanan jiwa dan perasaan nak me’roti’ yang terlalu kuat……..

Anak2 saya suka makan roti esp, pizza, donut dan roti sosej….. tapi saya ni paling malas bermain dgn tepung….. bab menguli yg paling saya tak ‘gemar’ sekali…. Dah ada pembantu ni senang lah kerja saya….. part yang saya tak suka dah ada ‘orang’ buatkan….

Mula2 tu nak beli brand Elba, BM paling murah kat pasaran dgn harga RM 398.00 di Jusco… oklah tu… kira dalam budjed saya dibawah Rm 500.00. Tapi my hubby tak kasi angkat dulu… sebab dia suruh tengok, ada satu kedai elektrik di Kajang yang terkenal sebab barang2 elektriknya sangat2 murah berbanding dengan harga dipasaran….

Saya pun tak jadi beli… bila datang kat kedai tu terkejut jugak kerana harga yg taukeh kedai tu tawarkan jauh lebih murah iaitu rm 320….murah tu!!!! bila saya tanya BM brand Kenwood harga nya pula RM 450.00…. Apalagi!! sayapun terus decide ambik Kenwood sebab setahu saya harga BM Kenwood ni Rm 550.00 – 585.00 kat pasaran… Boleh Klik sini tengok harga.

Malam tu saya sempat menerai resepi Basic White Bread yg resepinya dari manual kenwood sendiri just nak warm up atau testing2 je…. Lepas masukan tepung, yis, garam, susu, gula, air dan minyak sayuran kat dalam tu, setting menu, tekan start dan tinggal…..

Esok paginya ¬†saya bangun awal sebab tak sabar nak tengok roti saya… bila buka bm saya je… cam ni lah rupa roti saya….

… well…. my first roti…. not bad jugakklah…. next time nak try wat roti guna bread softner atau water roux…. supaya roti lebih lembut lagi….

Oh ya… sblm ada org email saya tanya kat mana kedai elektrik tempat saya beli bm murah tu saya letak alamat kedainya ya…

Pusat Perkhidmatan TV & Video Toong King
6, Jln Besar,43000 Kajang, Selangor
Tel ; 03-87375501

Saya sempat gak tanya taukeh kedai yang ramah tamah tu nape harga barang kat kedai jauh lebih murah dari harga kat tempat lain….

Tauke tu jawab kakitangan kedainya adalah familinya sendiri dari datuk, anak, menantu, cucu semua bekerja kat kedai tu…. jadi kos boleh murah maa…. lepas tu boleh tawar menawar sebab custumer boleh berdepan dengan owner nya sendiri…. kalau taukeh rasa kedai dah semak dan nak masuk stok baru… taukeh bagi harga cincai2 je….

oooo itu macam ka…..

Related Posts with Thumbnails