Tag Archives: Kek coklat lembab yang paling sedap

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam…

Lama tak entry resepi…. Hari ni nak entri resepi kek coklat super moist yang sangat sedap dan sangat lembab yang paling disukai dirumah saya…. Masuk kali ni rasanya dah dekat 10 biji kek saya buat sejak balik kampung hari tu. Tapi setiap kali buat tak dapat nak ambil gambar dan masuk blog dek kerana bz, sebab rumah saya ada tetamu ( Famili saya datang dari Johor kerana adik saya nak graduate…. ) juga kerana kek ni tersangat lah laku…. Oleh kerana bahan2nya masih ada so saya buat sebijik lagi untuk minum petang dan masuk kat blog….

Selain dari itu saya ni bz kerana sibuk melayan si kecil Sarah Marissa… tangkap gambar kek tu pun masa nak makan… Sekarang ni tak de berapa ada masa nak posing gambar makanan cam dulu, kerana Sarah tidur sekejap2 je.. Susah sikit lah nak buat kerja kalau dia bangun…

Cerita pasal kek coklat ni, resepi saya ambil dari macam2 sumber tapi saya dah derhaka2kan hingga menjadilah resepi kat bawah…. Resepi ni simple dan menggunakan bahan2 yang senang dan mudah.

Resepi Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko ( kalau guna serbuk koko yg berkualiti, 3/4 cawan je dah cukup)
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan air kopi ( rendam 1 uncang coffee dlm 1 cawan air panas dan sejukkan)
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 cawan minyak jagung

Cara penyediaannya

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Griskan dengan mentega pada acuan kek yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam sebuah bekas. Masukkan susu tepung dan garam. Kemudian dikacau rata.
3. Masukkan gula perang, air coffee, minyak jagung, esen vanila dan air sejuk. Kacau perlahan-lahan dengan whisk hingga gula hancur.
4. Tuangkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam adunan tepung tadi dan kacau dengan whisk perlahan-lahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul2.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah kek masak. Kemudia boleh lah dihiaskan dengan topping yang disukai.

** Kek akan lebih lembab setelah dibiarkan semalaman di dalam bekas yang bertutup.

Inilah dia budak yang paling suka makan kek ni!!!. Kalau makan kek ni sampai lupa makan nasi…Namanya Alisya ( anak saudara saya )…. Dia bersungguh2 minta resepi dgn saya agar ibunya dapat buat kek kesukaannya di rumah… Buat Alisya, maklong dah letak resepinya kat kat sini ye… nanti bolehlah suruh ibu buat kek ni!! Nanti bila Isya dah besar bolehlah isha pula buat utk maklong!! Dahhhhhh!!!

Related Posts with Thumbnails