Tag Archives: kek coklat lembab

Eggless super moist chocolate cupcakes

Salam……

Ini resepi yang saya gunakan utk buat cupcakes masa majlis cukur jambul sara hari tu… saya entrikan semula sebab rujukan saya utk masa akan datang…. Resepi ni asal dari dayang jack, tapi saya doublekan masa membuatnya…. utk saiz cupcake 3.25 ml saya dapat dalam 20 – 22 biji cupcake.

Resepi Eggless Super Moist Chocolate Cupcakes ( sumber : Dayang Jack )

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
  • Cara Penyediaan

  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
  • .

    Kek Chocolate Moist

    "kek Chocolate"

    Masuk kali ni dah lebih 5 kali saya membuat kek ini… Kek ini sangat sedap dan kaya dengan coklat dan moist!  Caranya sangat mudah dan senang. Sesuai untuk buat kek hantaran pengantin dan sedap juga dimakan semasa minum petang. Paling sedap jika dimakan dengan vanilla Ice-cream dan strawberi.

    Kek ni adalah kesukaan kami sekeluarga…. Saya tidak  terlalu kerap membuatnya.. sebab kek ni agak muak! Selalunya saya membuatnya sebulan sekali atau 2 kali sahaja. Resepinya ada di bawah dan  selamat mencuba!.

    "Kek coklat moist"

    Model saya…. sungguh mengiurkan!

    Resepi Kek Coklat Moist.

    Bahan-bahannya

    2 cawan gula
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan minyak jagung
    ¾ cawan serbuk koko
    1 cawan air panas
    1  cawan  yogurt
    1 camt  serbuk penaik
    1 camt soda bikabonat
    2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
    1 camt essen vanilla
    1 camt garam

    Cara-caranya

    1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan  serbuk koko.
    2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.
    3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.
    4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.
    5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.
    6. Boleh di kukus jika suka.

    Topping

    1 keping cooking coklat (250 g )
    1 sudu makan butter.
    2-3 sudu besar susu cair/whipping cream/double cream

    Caranya

    Masak kesemua bahan gunakan kaedah double boiler hingga cair. Tuangkan atas kek semasa kek sejuk.

    more picture…

    "Kek coklat moist"

    Related Posts with Thumbnails