Tag Archives: kek keju mudah

Butter Cheese Cake

Kek butter cheese ni saya buat untuk my husband sempena hari lahirnya yg ke 42 tahun…… Actually my husband tak suke makan kek…. lebih-lebih lagi kek yang ada icing atau ganache yang memuakkan. Puas pikir, at last saya decide nak buat kek butter cheese. Simple je kek ni… tak ada frosting atau ganache….sengaja tak letak sebab nanti ‘mr birthdayman’ ¬†tak makan pulak. Tapi pada saya kek ni sedap sangat. Sangat lembut dan lemak keju memang best bile sesali sekala tergigit lemon zest. Anak-anak saya yang crazy ngan cheese memang tak berhenti makan….. boleh lah buat lagi ¬†untuk raya nanti…..

Resepi Butter Cheese Cake ( sumber: Dapur Ummi / dapur Jun)

Bahan A
225gm tepung ( saya guna tepung naik sendiri )
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Bahan B:-
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
175 gm gula ( 3/4 cawan )
5 biji kuning telur
Bahan C:-
5 biji putih telur
sudu teh jus lemon
Cara-Cara:-
1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula, pukul lagi.
3. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
4. Masukkan bahan A n gaul rata.
5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.
7. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas (ummi guna loyang 7×7 in) n bakar pada 180′c selama 30min.


Related Posts with Thumbnails