Tag: Keli masak berlada

Ikan Sembilang Goreng Berlada

Ikan sembilang atau ikan keli goreng berlada ni, saya masak untuk  hidangan makan malam tadi!! …. Ikan sembilang goreng berlada ni lauk ‘feveret’ my husband…. kalau makan nasi  campur kat luar, nampak je ikan ni, mesti ambil sekor….  My husband memang layan giler ikan ni….Tapi ikan yang saya masak ni betul-betul fresh!!! Semasa saya beli, ikan ni masih bergerak-gerak, walaupun sudah disiang dan dibuang isi perutnya…. bila goreng baunya sangat harum dan isinya pula sangat manis!!! Apa-apapun sampai sekarang saya ni masih confuse……beza antara ikan sembilang dan ikan keli!!! kalau nak tau masa nak beli tanye taukeh kedai je…. tu pun kadang-kadang tokey kedai tak tau nak jawab sebab dia pun confuse…..

Resepi Ikan Sembilang/Keli Goreng Berlada
500 gm ikan sembilang atau keli ( buang perut dan di bersihkan )
1 labu bawang besar ( di potong2 @ di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 batang serai ( diketuk )
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar sos cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaan

1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan bahan yang telah di tumbuk.
4. Masukkan serai kemudian goreng hingga wangi.
5. Masukkan  sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit.
6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
7. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.


Related Posts with Thumbnails