Tag Archives: Kerang rebus

Kerang Rebus Tumis Serai

Selain saya masak kerang tumis bercili, saya juga masak kerang tumis serai buat anak perempuan saya yang tak suka pedas…. ┬áKerang ni lebih kurang sama je macam kerang rebus, tapi bezanya saya tumis dengan bawang dan serai supaya kerang lebih sedap dan wangi…..

Resepi Kerang Tumis Serai

1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( saiz kecil ) – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
3 hiris halia – dihiris
1 batang serai ( di ketuk atau di hiris kasar2 )
sedikit garam
serbuk perasa ( jika suka )
minyak untuk menumis

Cara penyediaan.

1.  Tumis bahan hiris hingga berbau kemudian masukkan sedikit air ( dalam 1 atau 2 cawan, ikutlah banyak mana anda mahukan kuahnya)
2. Bila kuah mendidih masukkan kerang, tutup sebentar sesuaikan rasa.
3. Bila kerang masak bolehlah diangkat……


Related Posts with Thumbnails