Tag Archives: Khasiat air halia

Jus Halia Limau Kasturi

Mari minum jus halia limau kasturi….  Kalau dah terlalu banyak sangat makan makanan yang berlemak seperti daging, kek dan sebagainya, apa kata kita minum jus halia ni… Jus ni sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita… Cara nak buat pun senang sangat… pejam mata pun boleh buat!!! Kalau anda tak suka halia, cuba-cubalah belajar untuk sukakannya…. kerana air halia ni dapat menghindari dari penyakit serta dapat memanjangkan umur. Nenek saya sekarang sudah hampir 90 tahun tetapi sampai sekarang masih sihat… masih boleh buat kerja rumah dan yang peliknya tidak mengidapi apa-apa penyakit pun. Bila saya teliti apakah makanan dan minuman yang selalu di ambilnya, ternyata dia suka sangat minum air halia. Pagi- pagi dia akan hiris halia  dan masukkan kedalam jug kemudian dia akan curahkan air panas dan sedikit gula. Nenek saya akan minum air tu dari pagi, petang hingga malam hingga air dalam jag tu habis.  Apa lagi di tunggu2… jom ramai2 kita minum air halia…….

Resepi Jus Halia Limau Kasturi

2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan  yang di ingini )
ais secukupnya.

Cara penyediaan

1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
5. Bolehlah di minum.


Related Posts with Thumbnails