Tag Archives: kuih melayu yang simple tapi sedap

Kuih Ketayap ( Kuih Dadar )

Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi saya….. My putra dan putri suka sangat makan kuih ni…. Dah dua hari saya berturut-turut, saya buat kuih ni untuk iftar!!!. Dalam banyak2 resepi kat internet, resepi dari Dapur kak Wan ni lah yang paling best dan mudah. ¬†Saya copy resepi ni pula dari dapur Ayu. Thanks kak wan for sharing…… Thanks jugak buat Ayu kerana memanjangkan resepi ni….

Resepi Kuih Ketayap ( sumber CP: Dapur Ayu/ Sumber asal: resipicitarawan)

Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara Penyediaan

1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Related Posts with Thumbnails