Tag Archives: lauk berbuka puasa

Berbuka Puasa Secara Bersederhana

Salam…

Sudah dua hari semua umat islam menjalani ibadah puasa… syukur Alhamdulillah kita dipanjang umur dan masih berpeluang  menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia ini… selamat menyambut bulan puasa buat semua pengunjung2 blog saya ni… dan terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah kesini…

Di bulan Ramadan ni saya ingat nak rehat sebentar atau slow down sikit dari berblog….  saya pun dah rasa letih dengan blog Potret Kasih ni.. kerana banyak pula ragamnya menggunakan webhosting sendiri ni….. Bulan puasa ni bilangan visitor lebih ramai dari biasa masuk ke blog saya ni menyebabkan kekadang blog sy ni tak dapat menampungnya…

Kalau keluar server error bila masuk kesini tekan je refresh byk kali sampai kluar ye… Dah byk usaha saya cuba memperbaikinya termasuk buang byk plugin dan tukar thema yang simple…. kalau meragam jugak lagi nampaknya tahun depan saya nak tukar blog saya ni guna webhosting percuma pula…

Ni juadah berbuka puasa kami hari ni… saya pun dah berazam nak lebih bersederhana saja tahun ni… Tak mahu ikut nafsu sampai membazir makanan….. juadah kami hari ni nasi dan tomyam udang, puding sagu pandan bersama susu, kuih lepat pisang, buah tembikai, kurma serta air kelapa muda….

Hari ni saya tak dapat memasak kecuali memasak nasi dan dessert puding sagu pandan saja… sebabnya  my baby Sara meragam sikit kerana baru lepas cucuk… Tomyam, saya beli di restoran manakala kuih lepat pisang tu saya beli dekat bazar Ramadan saje…

Buah Tembikai ni my family fav di bulan puasa….. kuih2 tak de pun tak apa… tapi buah ni mesti ada…bila tekak tengah dahaga, memang layan makan buah ni…

Suasana berbuka puasa kat umah saya… ahli keluarga tak ramai cam nilah gayanya….nasib baik ada budak kecik cenonet yang tak puasa tu tolong meramai-ramaikan…

Related Posts with Thumbnails