Tag Archives: lauk makan tengahari

Ayam Goreng Tomyam

Semalam baru je beli majalah Rasa keluaran terbaru. Terpandang pula resepi Ayam goreng Tomyam ni….  Bahan-bahannya pun dah sedia ada kat dapur saya….. so macam biasalah… dapur kecil saya nilah tempat saya melakukan eksperimen untuk resepi-resepi yang tak pernah saya cuba. Sedap jugak masak macam ni…… selama ni pes tomyam ni saya guna untuk masak tomyam je!!! Anak-anak saya pun suka sangat masak lauk ni!!! ermmm boleh buat lagi ni…. next time nak try pada daging dan ikan pulak !!  huhu…

Resepi Ayam Goreng Tomyam

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili  ( resepi asal tak letak )
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula ( optional )
minyak masak secukupnya
daun limau purut

Cara penyediaaan

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

Sambal Sotong Cili Padi

Salam buat semua pengunjung blog saya….. Hari ni saya masak lauk  Sambal sotong cili padi untuk makan tengahari. Kalau anda biasa buat sambal sotong cili kering, sesekali tukar selere buat macam ni pulak!!! Sedap sangat masak macam ni…. tak sedar makan nasi pun bertambah-tambah!!! Kalau tak suka pedas sangat sila kurangkan cili padi pada masakan…. lagi satu tip nak kurangkan pedas bubuh tomato kisar lebih sedikit atau boleh campurkan cili merah biasa je!!! InsyaAllah masakan ni tidak terlalu pedas!!….. Bagi sesiapa yang suka pedas tu tak jadi masalah!! belasah je….. Orang kata lebih pedas lebih sedap!!! baru terangkat!!!!! Layan resepinya kat bawah ni ….

Resepi Sambal Sotong Cili Padi

300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini ) – dikisar
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai  ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails