Tag Archives: masak ayam kukus

Ayam Kukus ( Ayam Stim )

Ayam kukus ni hidangan kami sekeluarga masa berbuka puasa semalam…. Semalam betul-betul dah buntu nak masak apa…. Kat peti sejuk tak banyak sangat stok, cuma ada ayam dan sedikit sayur jerrr. Bila tengok  ayam jerrr mulalah kepala berdenyut-denyut!!! Pukul 5 petang pun belum masak apa lagi….. At last terfikir gak pasal ayam kukus ni, menu kesukaan anak lelaki saya yang dah lama tak buat!!!…  Apa lagi bersilat kat dapur nak menyiapkan menu ni…. Akhirnya…. siap gak !!! Ermmm lamanya tak buat ayam kukus ni…. sampai terlupa saya ada menu yang best ni!!! Layan resepi dulu…..

Resepi Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong…. terpulanglah kpd anda!!

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan  boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan…

*** Ayam kukus ni boleh di makan dengan nasi ayam atau nasi biasa…… Saya makan ngan nasi putih biasa jerrrr…..

Ayam Kukus

Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong, tetapi kalau nak makan sekeluarga kena serentak.

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan  boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
**** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan…

More Picture for Ayam Kukus


Related Posts with Thumbnails