Tag Archives: masak udang

Udang Goreng Rangup

Salam Semua…. saya harap semua ceria dan sihat selalu….. kalau tak sihat makanlah ubat dan jagalah kesihatan!!! Kalau tak sihat bagaimana kita hendak menikmati keenakan dan kelazatan sesuatu makanan tu….. seperti udang goreng rangup ni!!! Walaupun udang ni tak elok dimakan berlebihan tapi jika kita pandai mengawal pengambilannya sudah tentu tak menjadi masalah untuk kita menikmatinya……

Berbalik pada cerita udang goreng ni, nilah resepi paling senang nak di sediakan…. dan ia sangat sedap juga sangat disukai oleh anak anak saya!!! Anak-anak saya kalau ¬†ada udang goreng ni, makan dengan nasi dan kicap pun boleh licin!!! Udang ni kalau nak rangup makanlah panas panas….. kalau dah sejuk tu dah kuranglah kerangupannya… tapi still juga sedap!!! dah namanya udang kan buat macam mana pun rasanya tetap sedap……

Ok lah tenung lama-lama gambar saya ni…. buat kecur air liur je!!!… apa kata anda buat sendirik….. resepinya saya sertakan kat bawah!!

Resepi Udang goreng rangup

20 ekor udang sederhana besar ( dibuang kepala dan kulitnya kecuali ekornya )
1 biji telur
serbuk roti atau bread crumbsecukupnya
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara penyediaannya.

1. Pukul telur bersama sedikit garam dn lada sulah hingga sebati.
2. Ambil udang kemudian celupkan kedalam telur tadi.
3. Kemudian masukkan udang tadi kedalam mangkuk yang mengandungi serbuk roti.
4. Salutkan udang tadi dengan srbuk roti kemudian goreng kedalam minyak panas.
5. Buat hingga habis dan bolehlah dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails