Tag Archives: Masakan ala Thai

Somtam

Salam semua… Rasanya dah lama tak wat somtam…. ni makanan feveret saya sejak dulu… Cara nak buatnya pun senang sangat… just gaulkan semua bahan dan tumbuk dalam lesung kayu…….. Bahan2nya tu boleh adjust ikut citarasa sendiri!!

Resepi Somtam

Bahan-bahannya

1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
karot ( di potong memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
mangga muda ( potong memanjang)

Cara-caranya

1.  Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu( jika tak ada lesung batu pun boleh).
2.  Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Sup Ekor Hadyai

Sebenarnya asal-asal resepi ni  adalah Sup Ayam Hadyai….. Saya terbaca n3 mengenainya kat rumah Mat gebu, Hana, Yatie (USA), inahar dan izadaut….. Actually dah lama nak try resepi ni… tapi asyiklah tertangguh2!! Teramatlah ‘forfular’ sup ni …. dan semua orang kata sup ni ‘maverlesss’!!. Time saya nak try buat… stock ayam kat peti sejuk pulak dah habis!!!! Huaalahhh…. malehnya nak pergi kedai depan carik ayam…. teringat ekor lembu yang my husben beli kat pasar tani semalam!!!! Belasah jo!!… memang pun saya beli ekor lembu ni semata-mata untuk buat sup….. buat hujung minggu bersama anak-anak dan husbenn tercinta!!!  Hujung minggu biasanya kalau tak keluar jalan-jalan kami masak sedap-sedap…. pastu melepak depan tv…. lepastu tidur!!! Aktiviti yang menjadi rutin… dari dulu sampai sekarang!!!!!!

Berbalik cerita pasal sup ni…….Wah!!! betul betul terangkat lah sup ni!!!!  Memang betul lah kata orang-orang yang telah mencubanya!!! Saya buat sambal kicap cam yatie punye….. makan sampai berpeluh-peluh!!! Sapa tak dapat makan sup ni… nangisssss!!!!…. Next time nak buat kat ayam lak!!!  Apa-apa pun layan je resepinya kat bawah!!! try tau…. jangan tak try……..

Resepi Sup Ekor Hadyai

800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya guna 500 g ekor lembu + 300 g  daging lembu )
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..


Tomyam Campur

Hari ni dah memang dah plan nak masak tomyam….. gara-gara terpandang gambar tomyam yang begitu menyelerakan di dalam majalah Rasa….. Saya memang tak dapat menahan rasa bila melihat makanan yang begitu mengiurkan…. mulalah jiwa dan raga ini tak tertahan-tahan nak memasak!!! Actually tomyam ni merupakan my favorite  (3x) food forever and ever!! Kalau makan kat luar pun saya tetap memilih tomyam sebagai makanan pilihan….. Dari tak tahu memasak tomyam hingga pandai memasak dan saya sanggup belajar semata-mata kerana  terlalu suker kannya…. Sambil menghirup kuah tomyam,  otak saya ni asyik terfikir dan tertanya-tanya siapakah orang yang telah mencipta masakan yang sedap ini!!…….. You all yang berminat nak masak tomyam, layan jer resepi kat bawah….

Opsss! ada tips sikit nak kongsi. Jika anda memasak tomyam  siapkan 1 periuk kuah tomyam  dan daging terlebih dahulu tetapi jangan mencampurkan ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran. Potong ayam, seafood dan sayur-sayuran dan simpan dahulu dalam peti sejuk. Nanti…. jika time nak makan baru ambil sedikit kuah tadi ( buat dalam periuk lain), panaskan semula baru masukkan  ayam, seafood dan sayur-sayuran!. Untuk kuah yang asal tu simpan dan panaskan selalu. Boleh tahan 2 hingga 3 hari!!. Satu lagi sebabnya buat macam ni untuk mengelakkan seafood dan sayur tu mengecut jika terlalu lama terendam dalam kuah yang masam tu……bayangkan kalau makan tomyam dengan semua bahan didalamnya kecut-kecut…. tentu tak best dan merosakkan mood nak makan kan!!!!!

Lagi satu…. kalau ada kuah lebih jangan di buang…. masukkan dalam bekas plastik dan bekukan  dalam peti sejuk!! Bila-bila masa kalau nak makan panaskan balik kuah tu…. tinggal bubuh seafood sayur je!!!

Resepi Tomyam Campur (  adaptasi dari majalah  Rasa )

100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.


Related Posts with Thumbnails