Tag Archives: masakan kerang rebus pedas

Kerang Tumis Bercili

Balik je dari keluar dari minum pagi, my husben hulur pada saya  2 kilo kerang….. sambil kata  pada  saya dah lama dia tak makan kerang dan teringin nak makan kerang. Saya pun terfikir2 nak masak apa dengan kerang tu… Kalau boleh saya nak cubalah resepi yang tak pernah saya cuba…. teringat pulak satu program kat TV dalam rancangan memasak yang di hostkan oleh chef Ismail…… Dalam program tu chef Mail tumis je kerang tu dalam tumisan sambal…. Masakannya tu simple je tapi nampak macam sedap…. dah lama nak try masak macam tu. Resepi kat bawah ni saya main agak-agak je bahannya sebab saya tak salin resepi chef mail tu…. tapi sedap jugak… my husben dan anak2 saya sangat suka!!!!

Resepi Kerang tumis bercili

1 kilo kerang
1 labu bawang besar (  dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 batang serai ( dikisar )
10 tangkai cili kering  ( dikisar )
1 biji tomato (dikisar )
1 cm halia ( dikisar )
sedikit garam, gula secukupnya
serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan.

1. Cuci bersih kerang kemudian toskan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga berbau harum dan pecah minyak.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya kemudian masukkan kerang.
4. Boleh masukkan sedikit air jika suka kemudian kacau kerang tadi hingga masak….
5. Bolehlah di ankat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails