Tag Archives: menu pencuci mulut

Agar-agar Berkuah susu

Agar-agar ni actually agar-agar biasa je!! tapi saya pun tak tahulah mengapa anak lelaki saya suka sangat makan  agar-agar ni dengan susu cair… kisahnya begini,  bila  ada banyak saki-baki agar-agar dalam peti sejuk…. tapi tak laku laku sebab ia agar-agar kosong saja…. untuk me’laku’kannya saya pun potong-potong dan letak dalam gelas yang cantik kemudian saya curahkan susu cair keatas agar-agar tadi…. apalagi… agar-agar tadi bukan saya habis licin malah tak cukup….. Setiap hari lepas balik je dari sekolah, anak lelaki saya mesti bertanya sama ada saya ada buat agar-agar kesukaannya tu…. waduh kena wat benda ni hari-hari ke anakku!!! tak jemu ke!!! Dia kata dia tak jemu langsung!!!! Anda pun cubalah buat macam ni…. kalau nak sedap taruh fruit koktail atau buah longan, pic atau sebagainya…… Makan sejuk sejuk……. sedap!!! tak perlu susah2 nak buat dessert yang melecehkan……

Resepi Agar-agar berperisa

10 g agar-agar
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )

Bahan kuah
Susu cair

Cara penyediaan

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.


Trifles

Hari ni agak rajin sikit… so saya pun buat triffle sebagai hidangan pencuci mulut!! Triffle ni my ‘feveret’ dessert!!! Saya start belajar buat triffle semenjak tingkatan 3…. dalam matapelajaran Sains Rumah tangga!!! Sejak tu saya memang penggemar triffle!!! Cara nak buatnya pun senang saja dan bahan-bahannya senang didapati dan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa yang diingini!!! Biasanya saya suka basahkan kek dengan jus fruit coctail dulu, lepas tu baru di lapis dengan kastard, buah2an dalam tin, puri buah-buahan dan agar-agar!!! Simpan triffle dulu dalam peti sejuk sebelum dimakan kerana ia sangat sedap jika di makan sejuk-sejuk!!! Resepi saya ambil dari  dapur chef hanieliza ni…..tapi saya tambah sikit dengan puri strawberi supaya lebih sedikit masam dan nak seimbang dengan lemak kastardnya……. Kalau nak sedap lagi boleh lapiskan dengan fresh cream!!!…… Apa-apapun layan resepi……

TRIFFLES ( sumber : Dapur hanieliza )

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar

Cara:

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Resepi Puri Strawberi boleh check kat sini


Related Posts with Thumbnails