Tag Archives: mi hailam

Mee Hailam Simple

Mee hailam ni saya masak untuk dinner!. Kalau rasa malas nak makan nasi biasanya saya masak mee untuk anak2. Mee hailam saya kali ni simple je kerana tak cukup bahan kat dapur saya… Resepi asalnya boleh check kat sini.

Resepi mee hailam

  • 1 bungkus mee kuning ( cuci dahulu mee untuk menhilangkan bau )
  • 2 keping dada ayam
  • sedikit udang dan sotong – saya tak letak
  • air rebusan ayam secukupnya
  • 1 biji buah tomato ( belah 6_
  • 1 paket cendawan tiram
  • sedikit kobis bunga
  • 1 batang karot saiz kecil ( dipotong nipis atau memanjang )
  • daun ketumbar ( bahan tabur))
  • daun bawang ( bahan tabur)
  • daun sup (bahan tabur)
  • 5-6 biji cili api ( dititik)
  • 4-5 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 4- 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung/tepung gandum ( dicampur sebati dengan sedikit air )
  • sedikit lada sulah
  • minyak untuk menumis
  • bawang goreng

Cara penyediaan

1. Celur mee kuning, angkat dan hidangkan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan isi ayam. Masak seketika kemudian masukkan cili padi, sos tiram, kicap, lada sulah, stok ayam dan air secukupnya.  Masak hingga mendidih dan isi ayam empuk.

4. Setelah isi ayam empuk masukkan masukkan  seafood dan sayur-sayuran.

5. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Setelah tutup api bolehlah dimasukkan buah tomato supaya buah tomato tidak terlalu lembik. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan dengan mee kuning yang telah dicelur, bawang goreng, daun sup, daun ketumbar dan cili jeruk atau cili potong.

*  Anda boleh juga mencampurkan sekali dengan kuah semasa memasaknya jika anda suka!!. Tetapi saya tidak berbuat begitu. Saya mengasingkan kuah dengan mee bagi mengelakkan mee kembang dan tidak tahan lama. Bila masa hendak memakanya barulah saya mencampurkan dengan kuah!!

Related Posts with Thumbnails