Tag Archives: nasi goreng pedas dan sedap

Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung ni dinner semalam… Kebetulan nasi banyak lebih dan lauk pula dah habis so saya decide masak nasik goreng kampung jerr untuk dinner. Simple dan sedap!!! Resepi ni dari dapur saya sendiri…. kalau nak, boleh cuba… Kalau nak edit pun boleh, saya tak kisah….. saya pun selalu gak edit resepi orang!!! anak tekak kita yang nak makan kan!!! suka suka kitalah nak masak macam mana….

Resepi Nasi Goreng Kampung

Nasi sejuk ( angaran 4 orang makan )
2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
1 ikat sayur kangkung
1/4 biji kobis ( potong kecil )
2 biji telur
Ikan bilis goreng
1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
3 ulas bawang putih  ( ditumbuk)
10 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) – di tumbuk kasar @ dipotong2
1 inci belacan ( ditumbuk )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
garam
serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau.
2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
3. Masukkan sayur2an dan nasi.  Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
3. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
4. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).

Related Posts with Thumbnails