Tag Archives: nasi goreng sedap

Nasi Goreng Belacan Dengan Keropok Goreng

Salam buat pengunjung blog saya semoga ceria-ceria selalu…. Malam ni saya hanya masak yang simple simple je untuk dinner kami sekeluarga….. Letih pulak rasa badan selepas keluar shopping baju untuk hari raya ni tahun ni…. maklum jelah…. puasa dah semakin hampir!!  Elok siapkan baju anak2 dulu… nanti taklah kelam kabut!!!.

Berbalik pada menu malam ni iaitu nasi goreng belacan dengan keropok goreng. Keropok ikan tu ibu mertua saya yang bawa dari Kelantan, oleh kerana banyak stok keropok ikan dirumah saya…. so pagi petang siang malam kami makan keropok goreng dengan sos cili…. Nasi goreng belacan pula saya masak campak2 ikut apa yang ada kat dapur saya je….  Sedap pulak makan nasi goreng ni bersama keropok goreng….. apa2 pun layan resepinya kat bawah….

Resepi Nasi Goreng Belacan

4 mangkuk nasi sejuk
1 inci belacan ( di tumbuk )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk )
5-10 biji cili padi ( ditumbuk )
2 sudu besar ikan bilis ( ditumbuk )
2 biji telur
6 ekor udang ( saya potong kecil2 )
sepotong karot ( potong kecil )
sawi secukupnya ( potong 1/2 inci )
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit perasa

Cara membuatnya

1.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan sos tiram.
2. Masukkan udang, telur, karot dan sawi, garam dan perasa, kacau rata.
3. Masukkan nasi sejuk, kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa.. bolehlah di hidangkan dengan keropok goreng.

Enjoy….


Nasi Goreng USA

Saya baru je lepas singgah kat dapur Hana….. Nampak je nasi goreng USA die, terus teringat kat anak lelaki saya Hakim, yang tersangat suka makan nasi goreng ni….. Saya jarang buat nasi goreng USA ni…. Biasanya kami beli je, samada makan kat kedai atau di tapau!! Cara nak buat Nasi goreng ni pun tak lah susah sangat. Cuma perlu goreng nasi, buat daging merahnya dan telur mata kerbau!! Senang!!… Apa-apapun saya minta izin copy resepinya kat bawah ( asal dari dapur Raidah) dan terimakasih diucapkan……. Cuma daging masak merahnya saya ikut resepi kat sini. Hari ni puashati memasak kerana anak-anak makan dengan berselera sekali……..

Resepi Nasi Goreng USA ( Sumber  asal: Dapur Hana/ Dapur Raidah )

Bahan Nasi

  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi

  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
  • Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah

  • 300gm daging ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging

  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  • Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.


Related Posts with Thumbnails