Tag Archives: nasi hujan panas sedap dan mudah

Nasi Hujan Panas

Salam…

Seminggu tak menjengok blog… rindu pulak rasanya ngan blog ni…. bukan cuti memasak tapi masa yang tak mengizinkan… hari ni just nak mengentri masakan2 saya yang lepas yang tak sempat lagi diblogkan… banyak betul entri lama yang tertunggak…InsyaAllah kalau ada masa nanti saya kongsikan disini…

Nasi hujan panas ni versi beras biasa je….  kebetulan my doter minta saya masak ayam masak merah so saya masak sekali nasi hujan panas beserta dengan acarnya…. sedap jugak sesekali tukar selera….

Saya tak de apa nak citer lagi…kerana banyak kerja2 saya tengah menunggu… kalau nak resepi saya guna resepi kat bawah…

Ayam masak merah @ ayam goreng berlada ni dari resepi lama2 saya. Ayam ni my doter fav…. sangat sedap dimakan bersama nasi hujan panas…. kalau nak resepi klik kat sini.

Saya dah biasa buat acar timun dan karot ni… kalau buat acar ni saya dah boleh agak nak bubuh berapa banyak gula, cuka dan garamnya. Resepi ni paling senang dan mudah… so kalau sesiapa yang tak biasa buat boleh tengok resepinya kat sini..

Kalau hari ni tak tau nak masak apa… jom masak nasi hujan panas!!!…

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan²
500g beras
3 sudu besar mentega @ minyak sapi _ ( saya  guna minyak sapi )
Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Pewarna hijau, kuning dan merah
1 kiub ayam

Cara penyediaannya
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
3. Masukkan bawang dan bawang putih yang telah dimayang tadi dan goreng sehingga wangi kemudian masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam.
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Related Posts with Thumbnails