Tag Archives: pencuci mulut

Mangga Berkuah Susu

Salam…

Malam2 ni anak tekak terasa nak makan dessert…. so saya buat dessert yang paling senang dan tak perlukan banyak bahan didalamnya… tapi rasanya memang sedappp!! Anak2 saya memang suka sangat makan dessert ni… kalau buat satu jag kecil pun macam tak cukup je… Saya selalu buat dessert ni… tapi tak sempat nak snap picture dia.. sebab laju je disambar oleh anak2 saya…. tengok kat dalam petisejuk ada sebiji mangga, so saya buatlah satu gelas khas untuk masuk blog…. Sorrylah gambar gelap sikit… amik gambar malamlah katakan!!!

Resepi Mangga Berkuah Susu

1 biji mangga
1/2 tin susu cair
1 sudu makan penuh gula perang/brown sugar
Beberapa ketul ais

Cara penyediaaannya

1. Kopek kulit mangga dan potong dadu isinya.
2. Masukkan kiub mangga dalam gelas.
3. Tuangkan susu cair dan masukkan gula perang.
4. Biarkan seketika hingga gula perang cair. Kalau nak kan corak cam dalam gambar tu jangan dikacau dulu.
5. Bila nak di minum tuangkan beberapa ketul ais didalammya, kacau dan…
6. Bolehlah diminum…

Apple Crumble

Apple crumble ni adalah hasil blogwalking kat food blog omputih bulan lepas ( terlupa lak nak amik link dia )…. Tapi baru berkesempataan nak buat!! Walaupun rupanya hitam manis tetapi rasanya memang sedap… ada bau kayu manis dengan rasanya masam-masam manis. Tapi next time buat kene kurangkan gula kerana kalau ikut resepi asalnya terasa sangat manisnya …… Saya dah translate resepinya ke bahasa melayu.. sila lah terjah!!!!

Yang ni gambar adunan yang belum bakar…..

Resepi Apple Crumble

6 biji epal ( kupas kulit, buang tengah dan dipotong nipis)
2 sudu makan kismis
6 sudu makan gula perang ( agak manis… boleh kurangkan kepada 4 sudu…ok kot )
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu butter

Crumble
4 sudu makan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oat

Cara Penyediaan

1. Satukan epal, butter, gula perang dan serbuk kulit kayu manis dalam periuk.
2. Masak hingga air yang keluar dari apple tadi  kering sedikit dan agak pekat.
3. Kemudian masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan butter.
4. Untuk crumble, satukan tepung, gula perang, oat dan butter dalam sebuah bekas.
5. Gaul dan ramas adunan hingga rata dan menjadi serbuk roti
6. Taburkan dengan kismis ke atas apple tadi kemudian taburkan crumble diatasnya.
7. Bakar dalam suhu 350 F selama 35 minit.

* kalau tak mau apple crumble warna gelap…. boleh tukar gula kepada gula biasa.
** sedap di makan dengan ais krim vanilla atau sos kastard.

Rich Chocolate Pudding

Rich Chocolate pudding yang glamour ni dah lama saya nak try. Tapi asyiklah tertangguh-tangguh sebab tak cukup bahan dan peralatan…. ┬átengok kaler pudding yang gelap dan berkilat2 dari dapur kengkawan yang dah cuba, membuat kiter pun tak tahan nak cuba jugak… paling teringin nak tau rasa dia macammana!!!!! Walaupun agak jauh ketinggalan keretaapi, tapi at least saya dah puas hati dapat merasa…… Trimakasih ya Jun kerana share resepi yang sedap ini!!!!!

Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Related Posts with Thumbnails