Tag Archives: resepi acar timun dan karot

Nasi Hujan Panas

Salam…

Seminggu tak menjengok blog… rindu pulak rasanya ngan blog ni…. bukan cuti memasak tapi masa yang tak mengizinkan… hari ni just nak mengentri masakan2 saya yang lepas yang tak sempat lagi diblogkan… banyak betul entri lama yang tertunggak…InsyaAllah kalau ada masa nanti saya kongsikan disini…

Nasi hujan panas ni versi beras biasa je….  kebetulan my doter minta saya masak ayam masak merah so saya masak sekali nasi hujan panas beserta dengan acarnya…. sedap jugak sesekali tukar selera….

Saya tak de apa nak citer lagi…kerana banyak kerja2 saya tengah menunggu… kalau nak resepi saya guna resepi kat bawah…

Ayam masak merah @ ayam goreng berlada ni dari resepi lama2 saya. Ayam ni my doter fav…. sangat sedap dimakan bersama nasi hujan panas…. kalau nak resepi klik kat sini.

Saya dah biasa buat acar timun dan karot ni… kalau buat acar ni saya dah boleh agak nak bubuh berapa banyak gula, cuka dan garamnya. Resepi ni paling senang dan mudah… so kalau sesiapa yang tak biasa buat boleh tengok resepinya kat sini..

Kalau hari ni tak tau nak masak apa… jom masak nasi hujan panas!!!…

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan²
500g beras
3 sudu besar mentega @ minyak sapi _ ( saya  guna minyak sapi )
Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Pewarna hijau, kuning dan merah
1 kiub ayam

Cara penyediaannya
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
3. Masukkan bawang dan bawang putih yang telah dimayang tadi dan goreng sehingga wangi kemudian masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam.
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Nasi Daun Ketumbar

Salam…

Nasi ketumbar ni saya masak untuk makan tengahari  semalam, tapi hari ni baru dapat nak entri… sebenarnya nak entry semalam lagi tapi tak siap2… sebab my baby Sarah ni tak mahu langsung berenggang dari saya… tak bagi saya chance langsung nak ngadap laptop… kalu boleh nak suh saya hadap dia aje… agah2 dan main2 ngan dia…

Berbalik criter ttg nasi ketumbar ni… dah lama nak try buat nasik ni… pernah tengok nasi ni kat dapur Kak Nor, Dapur Ayu dan ramai lagi blogger masakan lain  yang dah cuba!. ( minta maaf ye sekadar menyebut beberapa nama saja!!) Tapi resepi kat bawah saya cnp dari dapur Diana

Serious sedap nasi ni!!.. anak-anak saya suka sangat!!! Ermmm nampaknya akan ada siaran ulangan lah ya…

First time cuba saya guna beras biasa je…. Next time nak try guna beras basmathi… pasti lebih sedap dan lembut kan!!! Saya makan nasi ketumbar ni bersama acar timun dan daging masak kerutuk!!!  Terangkat woooo… Kalau tak cuba nasi ni rugi sangat!!! Kalau nak resepi acar timun klik kat sini… kalau nak resepi Daging masak kerutuk boleh klik kat sini

Resepi Nasi Ketumbar ( sumber : Q’ein Myr/ Sumber cnp : Dapur Diana )

Bahan²
500g beras
3 sudu besar mentega @ minyak sapi _ ( saya  guna minyak sapi )
Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 batang daun ketumbar ( blend halus )
Sedikit garam
Pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara penyediaannya
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blend tadi dan secubit garam.
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Wow… melengko bawang kat acar ni… yang tu saya punya, sebab saya suka makan bawang bersama acar…

Lepas masak seronok main2 dengan budak ini… sekarang ni Sarah makin lasak… bila bermain sampai butang baju pun boleh terbuka…

Related Posts with Thumbnails