Tag Archives: resepi agar-agar berkuah

Agar-agar Berkuah susu

Agar-agar ni actually agar-agar biasa je!! tapi saya pun tak tahulah mengapa anak lelaki saya suka sangat makan  agar-agar ni dengan susu cair… kisahnya begini,  bila  ada banyak saki-baki agar-agar dalam peti sejuk…. tapi tak laku laku sebab ia agar-agar kosong saja…. untuk me’laku’kannya saya pun potong-potong dan letak dalam gelas yang cantik kemudian saya curahkan susu cair keatas agar-agar tadi…. apalagi… agar-agar tadi bukan saya habis licin malah tak cukup….. Setiap hari lepas balik je dari sekolah, anak lelaki saya mesti bertanya sama ada saya ada buat agar-agar kesukaannya tu…. waduh kena wat benda ni hari-hari ke anakku!!! tak jemu ke!!! Dia kata dia tak jemu langsung!!!! Anda pun cubalah buat macam ni…. kalau nak sedap taruh fruit koktail atau buah longan, pic atau sebagainya…… Makan sejuk sejuk……. sedap!!! tak perlu susah2 nak buat dessert yang melecehkan……

Resepi Agar-agar berperisa

10 g agar-agar
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )

Bahan kuah
Susu cair

Cara penyediaan

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.


Related Posts with Thumbnails